Translate

03 April 2025

Banjir kilat di Jelebu jejas 65 mangsa dari tiga kampung



Banjir kilat di Jelebu jejas 65 mangsa dari tiga kampung

Bernama

03/04/2025


Kejadian antara 12.40 tengah malam hingga 7.49 pagi itu membabitkan Kampung Juntai, Kampung Lakai dan Kampung Jerang. - Foto JKR Jelebu


SEREMBAN: Seramai 65 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir kilat membabitkan tiga perkampungan di Jelebu sejak tengah malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata kejadian antara 12.40 tengah malam hingga 7.49 pagi itu membabitkan Kampung Juntai, Kampung Lakai dan Kampung Jerang.

Beliau berkata pihaknya telah memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat namun tiada pusat pemindahan sementara rasmi dibuka.

"Cuaca ketika ini tidak hujan namun agak gelap, ketiga-tiga kampung ini berada di kawasan yang rendah dan berdekatan sungai menyebabkan ia cepat dinaiki air," katanya kepada Bernama.

Mohd Najib juga berkata tiada kemusnahan harta benda yang teruk dilaporkan akibat banjir kilat itu dan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Abu dhabi viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 18 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'MCMC akan bantu polis siasat video' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi mem' 1 hr 42 mins ago