Translate

03 April 2025

Penjawat awam nyaris terkena tembakan, polis siasat motif



Penjawat awam nyaris terkena tembakan, polis siasat motif

Bernama

03/04/2025


Pemeriksaan pasukan forensik menemukan sebutir anak peluru di bahagian alas kaki tempat duduk pemandu selain kesan tembakan pada pintu kanan kenderaan itu.


KANGAR: Dua penjawat awam yang merupakan bapa saudara dan anak saudara lelakinya nyaris terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Medan Selera di Kuala Perlis dekat sini semalam.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang ketika lelaki berusia awal 40-an berasal dari Perlis dan bertugas di Johor itu sedang memandu kereta jenis Perodua Alza putih untuk menghantar anak saudaranya berumur awal 30-an ke Jeti Kuala Perlis untuk pulang ke Langkawi.

"Ketika berhenti di lampu isyarat, lelaki berumur 40-an yang sedang memandu ini terdengar bunyi letupan kuat dan mendapati terdapat kesan tembakan pada pintu kanan bahagian pemandu.

"Cermin tingkap kanan sebelah pemandu kereta juga mengalami keretakan akibat kejadian itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Perlis (IPK) di sini hari ini.

Muhammad berkata bagaimanapun kedua-dua lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan pasukan forensik menemukan sebutir anak peluru di bahagian alas kaki tempat duduk pemandu selain kesan tembakan pada pintu kanan kenderaan itu.

"Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206)," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti per' 3 hrs 52 mins ago