Translate

28 March 2025

Malaysia catat 8.7 juta penumpang pada Februari 2025, naik 6.9 peratus - MAVCOM



Malaysia catat 8.7 juta penumpang pada Februari 2025, naik 6.9 peratus - MAVCOM

Bernama

28/03/2025


MAVCOM menyatakan, walaupun terdapat penurunan sebanyak 5.9 peratus dari bulan ke bulan, permintaan perjalanan keseluruhannya tetap kukuh selepas didorong oleh sambungan yang diperluaskan. - Gambar hiasan/Bernama


KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan trafik penumpang udara sebanyak 8.7 juta pada Februari 2025, naik 6.9 peratus dari tahun ke tahun berbanding Februari 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

MAVCOM melalui satu kenyataan pada Khamis menyatakan, walaupun terdapat penurunan sebanyak 5.9 peratus dari bulan ke bulan, permintaan perjalanan keseluruhannya tetap kukuh selepas didorong oleh sambungan yang diperluaskan, pengecualian visa serta tempoh cuti sekolah yang berterusan.

Dari tahun ke tarikh terkini, sejumlah 17.9 juta penumpang telah bergerak melalui lapangan terbang Malaysia. MAVCOM menjangkakan angka trafik penumpang udara bagi 2025 akan berkisar antara 105.8 juta dan 112.9 juta, mengukuhkan momentum berterusan dalam sektor penerbangan," katanya.

Suruhanjaya itu berkata, trafik penumpang udara domestik pada bulan yang dikaji semula berada pada 4.3 juta, pertumbuhan sebanyak 6.6 peratus dari tahun ke tahun, manakala trafik penumpang udara antarabangsa mencecah 4.4 juta, mencerminkan kenaikan 7.2 peratus dari tahun ke tahun berbanding tahun sebelum ini.

Trafik udara antarabangsa menyumbang 51.5 peratus daripada jumlah penumpang dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, mengekalkan kedudukannya sebagai segmen dominan.

"Pertumbuhan di pasaran bukan ASEAN adalah sangat mantap, dengan 2.6 juta penumpang telah direkodkan pada Februari, menandakan tambahan 10.0 peratus dari tahun ke tahun, manakala pasaran ASEAN menyaksikan 2.2 juta penumpang, menokok 4.4 peratus dari tahun lepas," katanya.

Tambahan pula, jumlah penumpang di lapangan terbang utama terus melonjak, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatatkan kenaikan sebanyak 7.2 peratus, diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (+8.7 peratus) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (+6.9 peratus).

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menyaksikan pertumbuhan 5.3 peratus manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.3 peratus dan 1.7 peratus pada Februari 2025.

"Trend pertumbuhan yang positif ini telah dipacu oleh faktor-faktor seperti peningkatan kapasiti tempat duduk, pengecualian visa untuk pelancong dari China dan India, selain pengenalan laluan antarabangsa baharu seperti Kota Kinabalu -Tokyo (Jepun), Kuala Lumpur - Urumqi (China) serta Pulau Pinang - ZhangjiaJie (China)," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, prestasi lalu lintas yang kukuh telah mengukuhkan bahawa sektor penerbangan Malaysia sedang dalam perjalanan ke arah pemulihan dan pertumbuhan.

"Pengenalan laluan baharu serta inisiatif dasar seperti pengecualian visa terus memudahkan sambungan yang lebih besar dan memacu pertumbuhan.

"Sejajar dengan pengembangan dalam permintaan perjalanan, MAVCOM akan terus memberi tumpuan kepada memastikan pemulihan ini dipadankan dengan kualiti perkhidmatan yang baik, perlindungan pengguna yang mantap dan pengawasan peraturan yang baik untuk menyokong ekosistem penerbangan yang berdaya tahan dan sentiasa bersedia untuk ke arah masa hadapan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 5 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 5 hrs 24 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 5 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 6 hrs 35 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 7 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 7 hrs 20 mins ago