Translate

23 March 2025

Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan fokus bangunkan negara - PM



Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan fokus bangunkan negara - PM

Bernama

22/03/2025


Anwar ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah pada Sabtu. - Gambar Bernama


TUARAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi bahawa hanya dengan kestabilan politik sahaja kerajaan dapat memfokus kepada pelaksanaan pelbagai program untuk membangunkan Sabah dan negara khususnya dalam usaha membantu rakyat.

Beliau berkata justeru itu, kestabilan politik di Sabah dan seluruh negara perlu dikekalkan agar setiap pemimpin dapat memberi tumpuan dalam merealisasikan hasrat rakyat.

"Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana dapat membantu menenangkan dan menyederhanakan suasana, ini penting sebab apa? Kita mahu stabil, ini bantu kita fokus untuk rakyat kita juga," katanya.







Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Sabah di sini yang turut dihadiri Hajiji, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Perdana Menteri turut mengingatkan pemimpin negara supaya mengubah sikap dalam memastikan kerjasama yang wujud ketika ini dapat diperkukuh bagi memastikan Sabah serta Malaysia terus maju dan membangun dengan pesat.




"Jika bersatu kita dapat selesai masalah tetapi ada pemimpin yang masih hentam dan maki hamun sana sini, bergaduh pasal budaya, pasal bahasa... saya datang Sabah berjumpa dengan Hajiji dan kita tidak cakap pasal peribadi, tidak cakap pasal adakah untuk saya tanah atau balak.

"Saya tanya bagaimana mahu bantu miskin tegar, jalan berlubang dan itu yang kita bincangkan. Terima kasih kepada Ketua Menteri dan pasukannya yang telah bekerja keras untuk membantu mengatasi masalah berkenaan," katanya.

Anwar berkata beliau turut mengadakan perbincangan dengan Hajiji, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri serta para pegawai kanan Persekutuan dan negeri mengenai projek di Sabah seperti jalan raya, sekolah dan klinik selain meminta ia dilaksanakan segera.

"Kalau kita bekerjasama, kita dapat jadikan Sabah lebih maju, hebat dan berjaya. Kita kena kerja sekuatnya, ikhlas dan hentikan segala persengketaan... dalam tempoh satu atau dua tahun, Sabah boleh berubah ke arah lebih maju," katanya.

Beliau juga berkata Sabah memiliki kekuatan tersendiri manakala rakyatnya yang berbilang bangsa serta agama mampu hidup harmoni secara bersama malah bekerjasama sebagai satu pasukan dan ini perlu diperkukuh selain dikekalkan terutama untuk generasi akan datang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 24 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Banjir di Johor, Sabah beransur pulih, jumlah mang' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 39 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih 127,000 anggota bakal nikmati In' 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Sultan Pahang seru umat Islam tunaikan kewajipan b' 40 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Siasatan menyeluruh dimulakan,' 51 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 55 mins ago
A visitor from Medan viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 57 mins ago