Translate

25 March 2025

Banjir di Johor, Sabah beransur pulih, jumlah mangsa di PPS Johor terus berkurang



Banjir di Johor, Sabah beransur pulih, jumlah mangsa di PPS Johor terus berkurang

Bernama

25/03/2025


Pelbagai barangan yang musnah akibat bencana bah dilonggokan mangsa banjir di hadapan rumah untuk dikutip oleh syarikat konsesi ketika tinjauan di Kampung Seri Serdang, Johor Bahru, 24 Mac 2025. --fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Seramai 1,991 mangsa banjir masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Sabah, berbanding 2,593 orang yang direkodkan malam tadi.

Di JOHOR, situasi banjir di negeri itu semakin baik dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 1,853 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,455 semalam dan semuanya ditempatkan di 20 PPS di lima daerah terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata daerah Johor Bahru kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 680 orang, diikuti Batu Pahat (621), Pontian (410), Kluang (74) dan Kota Tinggi pula 68 orang.

"Dua PPS iaitu Dewan Majlis Perbandaran Kluang, Kahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang di Kluang ditutup malam tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah banjir mulai surut dan keadaan di kawasan kediaman selamat," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor diramalkan cerah kecuali Batu Pahat yang dijangka mendung pada pagi ini.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir kekal 138 orang daripada 41 keluarga di Beaufort dan ditempatkan di PPS Dewan Selangon, pagi ini.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan lapan kampung terjejas banjir di Beaufort.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Tennessee viewed 'North Korea accuses Malaysia of Colluding With Hos' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nation celebrates dedicati' 30 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 2 hrs ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 3 hrs 8 mins ago