Translate

23 March 2025

Kastam Kelantan rampas rokok seludup lebih RM600,000 di Bachok



Kastam Kelantan rampas rokok seludup lebih RM600,000 di Bachok

Bernama

22/03/2025


Wan Jamal Abdul Salam berkata rampasan pertama dilakukan pada 9 Mac lalu, selepas pasukannya menahan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang mencurigakan sekitar 1.30 tengah hari. - Gambar Kastam Kelantan


KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok bernilai lebih RM600,000 termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di Kampung Mentera dekat Bukit Marak, Bachok, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Negeri Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata rampasan pertama dilakukan pada 9 Mac lalu, selepas pasukannya menahan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang mencurigakan sekitar 1.30 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan 57,200 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM10,420, dengan jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori serta cukai dianggarkan mencecah RM85,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada hari yang sama sekitar 2.30 petang, pasukan operasi turut menyerbu sebuah stor dan menemukan 765,200 batang rokok pelbagai jenama dengan nilai cukai berjumlah RM515,881.

"Siasatan mendapati modus operandi mereka adalah berurusan dengan kumpulan pengedar bagi memasarkan rokok seludup ini di kawasan kampung," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, kerana membabitkan barangan larangan import seperti yang tertakluk di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Dallas viewed 'Kumpulan ketiga 24 rakyat Malaysia yang diselamatk' 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'Kumpulan ketiga 24 rakyat Malaysia yang diselamatk' 2 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 3 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Dua RUU berkaitan ekonomi diluluskan di Dewan Raky' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 12 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Dadah Jenis ‘Fentanyl’ Dikesan Di Malaysia | BEST ' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PENIAGA MENGAMUK USIR PENGUATKUASA DBKL KEJADIAN D' 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jurujual kereta didakwa bantu sembunyi wang lebih ' 32 mins ago