Translate

23 March 2025

Kastam Kelantan rampas rokok seludup lebih RM600,000 di Bachok



Kastam Kelantan rampas rokok seludup lebih RM600,000 di Bachok

Bernama

22/03/2025


Wan Jamal Abdul Salam berkata rampasan pertama dilakukan pada 9 Mac lalu, selepas pasukannya menahan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang mencurigakan sekitar 1.30 tengah hari. - Gambar Kastam Kelantan


KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok bernilai lebih RM600,000 termasuk cukai dalam dua serbuan berasingan di Kampung Mentera dekat Bukit Marak, Bachok, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Negeri Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata rampasan pertama dilakukan pada 9 Mac lalu, selepas pasukannya menahan sebuah kenderaan Toyota Hilux yang mencurigakan sekitar 1.30 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan 57,200 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM10,420, dengan jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori serta cukai dianggarkan mencecah RM85,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada hari yang sama sekitar 2.30 petang, pasukan operasi turut menyerbu sebuah stor dan menemukan 765,200 batang rokok pelbagai jenama dengan nilai cukai berjumlah RM515,881.

"Siasatan mendapati modus operandi mereka adalah berurusan dengan kumpulan pengedar bagi memasarkan rokok seludup ini di kawasan kampung," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, kerana membabitkan barangan larangan import seperti yang tertakluk di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Michigan viewed 'Singer Yuna engaged to Adam Sinclair the brother o' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Linda Mudzenda's voice oozed SOUL in GOLDEN BUZZER' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis terima laporan daripada ibu ‘Abang Belon’ | ' 13 mins ago
A visitor from Croydon viewed 'Majikan Rasis Pukul Bodyguard Berpuasa Dipenjara |' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 19 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 29 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 30 mins ago