Translate

23 March 2025

Fahmi rasmi Starvendors Mega Raya Fest 2025



Fahmi rasmi Starvendors Mega Raya Fest 2025

Bernama

23/03/2025


Fahmi (tujuh dari kanan) merasmikan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi, Kuala Lumpur, lewat malam tadi. - Gambar Bernam


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merasmikan Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi, lewat malam tadi.

Festival selama 80 jam tanpa henti itu, berlangsung sejak Khamis dan akan berakhir Isnin ini.

Fahmi dalam ucapannya berkata, beliau telah membincangkan beberapa perkara dengan penganjur untuk memeriahkan lagi festival berkenaan.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat bazar dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung selain menyaksikan persembahan Aisha Retno dan Agy.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib serta Pengasas dan Pengarah Urusan Starvendors, Ifa Raziah.

Karnival Starvendors kali ini berlangsung di venue baharu dengan jualan di kawasan tertutup yang beroperasi selama 24 jam sehari dan antara lain menawarkan pakaian, barang kecantikan, kuih raya serta dekorasi rumah manakala kawasan terbuka pula menempatkan gerai makanan yang beroperasi dari 3 petang hingga 6 pagi.

Lebih 50 artis dan pempengaruh menyertai festival itu sebagai vendor termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Vanidah Imran.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 5 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 8 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'Saya akan teruskan letak batu asas Masjid Madani, ' 8 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 8 mins ago
A visitor from New york viewed 'IGP orders Police Cyber Crime Unit to Investigate ' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'British Airways kembali semula ke KLIA pada 2 Apri' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 20 mins ago