Translate

23 March 2025

Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di Kota Damansara



Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di Kota Damansara

Bernama

23/03/2025


Suspek berjaya melarikan diri bersama sejumlah barang kemas dengan menaiki sebuah kereta. - Gambar hiasan/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bersenjatakan pistol merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini, petang Sabtu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lelaki berkenaan yang memakai topeng muka serta baju berhud mengacukan pistol ke arah pekerja premis terbabit sebelum melarikan diri bersama sejumlah barang kemas dengan menaiki sebuah kereta.

Semasa kejadian terdapat seorang pelanggan dan tiga pekerja di dalam premis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 14 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 19 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'BEST FBKL' 20 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi, daya tarikan meningkat dala' 20 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from San jose viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 29 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 30 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Nation celebrates dedicati' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 31 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Perkhidmatan Rapid KL On-Demand akan perluas di tu' 31 mins ago