Translate

23 March 2025

Dokumen tambahan Najib: Rayuan AGC didengar esok



Dokumen tambahan Najib: Rayuan AGC didengar esok

Bernama

23/03/2025


Permohonan Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes membabitkan Najib akan didengar esok di Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail Bernama


KUALA LUMPUR: Permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan didengar esok di Mahkamah Persekutuan.

Menerusi semakan sistem mahkamah, permohonan AGC yang memfailkan notis rayuan berkenaan pada 4 Feb, dijadualkan didengar pada 9 pagi di Mahkamah Persekutuan 1.

Pada 6 Jan, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, mengembalikan kes Najib berhubung dakwaan mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah ke Mahkamah Tinggi, untuk pendengaran merit.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang sebelum ini menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung dakwaan kewujudan dokumen tambahan itu.

Najib, 71, dalam permohonan semakannya memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Jan tahun lepas.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut memohon perintah agar sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta, termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Datuk Amarjeet Singh yang menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan bahawa empat afidavit yang dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.

Beliau kemudiannya memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.

Bagaimanapun, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Jeddah viewed 'Suami isteri maut kereta bertembung lori | BEST FB' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Terengganu umum Ahad hari kelepasan am' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 15 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 19 mins ago
A visitor from New york viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 19 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Farid Kamil Dan Diana Danielle Bercerai Kali Kedua' 22 mins ago
A visitor from Tokyo viewed 'Kes penipuan cip AI Nvidia dalam siasatan, MITI te' 24 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Astro caps off FY25 with content triumphs, quarter' 25 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 27 mins ago