Translate

25 March 2025

Lelaki maut terkena renjatan elektrik dipercayai semasa cuba curi kabel



Lelaki maut terkena renjatan elektrik dipercayai semasa cuba curi kabel

Bernama

25/03/2025


TNB juga telah membuat satu laporan polis mengenai kecurian tersebut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Gambar/ Media sosial


IPOH: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Silibin Ria berhampiran Petronas lebuh raya Ipoh-Lumut semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.07 petang semasa lelaki berumur 38 tahun itu bersama lagi seorang lagi suspek sedang memotong kabel elektrik berkenaan.

Beliau berkata ada saksi sempat membuat rakaman video di tempat kejadian, yang menunjukkan kedua-dua mereka memotong kabel TNB dipercayai dengan tujuan untuk mencuri, apabila secara tiba-tiba berlaku letupan, dan kedua-dua mereka terus jatuh pengsan.

"Seorang daripada suspek kemudiannya bangun dengan sendiri dan terus melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Honda C100, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata pihak TNB juga telah membuat satu laporan polis mengenai kecurian tersebut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Siasatan awal pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh juga mendapati si mati mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan harta benda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Ipoh, Sarjan Liyana Zulaikah Ibrahim di talian 0197765184 atau Sarjan M.T.Michael Jevadas di balai polis Taman Rishah dengan menelefon 0165325208 bagi membantu siasatan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem p' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KKM teliti permi' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Seorang lagi Tan Sri ditahan, be' 33 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 1 hr 1 min ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Court dismisses govt’s bid to seize RM192 million ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jenazah seniwati Sophia Ibrahim selamat dikebumika' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem p' 1 hr 47 mins ago