Translate

13 April 2025

Gempa Myanmar: Malaysia hantar 35 pegawai perubatan ATM



Gempa Myanmar: Malaysia hantar 35 pegawai perubatan ATM

Bernama

13/04/2025


Hospital Medan itu bertujuan memberikan rawatan ortopedik dan trauma, termasuk pembedahan kecemasan kepada mangsa gempa bumi yang mengalami kecederaan seperti patah tulang. - Gambar fail


JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia akan menghantar 35 pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melaksanakan misi kemanusiaan susulan gempa bumi yang melanda Myanmar pada 28 Mac lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini adalah susulan keputusan kerajaan untuk secara prinsip bersetuju menyediakan Hospital Medan Malaysia di negara berkenaan.

"Namun, kapasiti dan lokasi Hospital Medan ini akan ditentukan kemudian selepas menerima kebenaran daripada kerajaan Myanmar," katanya pada sidang media selepas merasmikan BHPetrol Bandar Seri Alam dan Sambutan Aidilfitri di Bandar Seri Alam di sini, hari ini.

Menurut beliau, seramai 35 pegawai perubatan akan dihantar, dengan tarikh penghantaran masih dalam perancangan dan kapasiti pesakit ditentukan berdasarkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN lain yang turut menubuhkan Hospital Medan.

"Hospital Medan ini bertujuan memberikan rawatan ortopedik dan trauma, termasuk pembedahan kecemasan kepada mangsa gempa bumi yang mengalami kecederaan seperti patah tulang, bagi mengurangkan risiko kecacatan," katanya.

Selain itu, beliau berkata Malaysia juga akan mengambil peluang untuk bekerjasama dengan pasukan perubatan Myanmar dalam aspek pengukuhan keupayaan kesihatan mereka.

"Kita sudah bersedia, hanya menunggu kebenaran dan isyarat dari Myanmar tentang lokasi penghantaran," tambahnya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Petroleum Marketing Azizul Azily Ahmad.

Khaled juga berkata Malaysia akan meminta kerajaan Myanmar untuk memastikan lokasi Hospital Medan yang akan dibina adalah selamat, bagi memastikan keselamatan pasukan perubatan Malaysia daripada ancaman puak.

"Walaupun Myanmar bersetuju untuk melakukan gencatan senjata, kadangkala ia dicabul. Oleh itu, kita akan meminta jaminan keselamatan bagi pegawai perubatan kita," katanya.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata Malaysia secara prinsip telah bersetuju untuk menyediakan Hospital Medan Malaysia di Myanmar, dengan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Kabinet minggu lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from San jose viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Police investigate viral video of angry woman hitt' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia dipilih semula ke Majlis Pentadbiran CSAM' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Guru besar didakwa kemuka dokumen palsu mohon sumb' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 1 hr 15 mins ago