Translate

31 March 2025

Serangan ganas Israel di Palestin antara topik perbincangan Anwar, Erdogan



Serangan ganas Israel di Palestin antara topik perbincangan Anwar, Erdogan

Bernama

31/03/2025


Isu serangan ganas Israel yang semakin memuncak di bumi Palestin ketika umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri menjadi antara topik perbincangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Presiden Erdogan pada Ahad.


KUALA LUMPUR: Isu serangan ganas Israel yang semakin memuncak di bumi Palestin ketika umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri menjadi antara topik perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook berkata, perkara itu dibangkitkan dalam panggilan telefom antara beliau dan sahabat baiknya pada petang semalam (Ahad).

"Serangan sejak 18 Mac lalu telah membatalkan perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai yang sedang dirancang.

"Saya menegaskan keperluan segera untuk mempertimbangkan rencana-rencana lain bagi menghentikan keganasan ini. Alhamdulillah, Erdogan mengulangi pendirian tegas untuk terus bersolidariti bersama-sama saudara kita di Palestin," katanya.

Dalam kesempatan itu, Anwar turut menyampaikan ucapan salam Aidilfitri kepada Erdogan dan keluarganya.

Beliau turut menghargai perkembangan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang semakin mengukuh terutama susulan kunjungan beliau ke Malaysia tempoh hari.

"Dalam perbualan ini, saya turut menerima jemputan daripada Erdogan untuk berkunjung ke Turkiye. Semoga persahabatan erat antara kedua-dua pemimpin negara yang kian mekar saat ini terus utuh dan membawa manfaat buat rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kasihan Ebby Yus, ditipu sampai lebur duit sumbang' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 29 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 35 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 37 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Najib ada kuasa tolak keputusan kewangan 1MDB - Sa' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 46 mins ago