Translate

31 January 2025

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan



KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan

Bernama

31/01/2025


Keselamatan penumpang dan operasi perkhidmatan kereta api sentiasa menjadi keutamaan KTMB. - Gambar hiasan/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meningkatkan kawalan dan rondaan oleh anggota polis bantuan, terutamanya di kawasan titik panas, bagi mencegah insiden pencerobohan landasan pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha berkata, KTMB juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang di premis operasi syarikat.

"Langkah ini diambil bagi memperkasakan akta sedia ada dalam usaha membendung isu pencerobohan ini.

"Keselamatan penumpang dan operasi perkhidmatan kereta api sentiasa menjadi keutamaan kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada insiden yang berlaku pada Selasa lepas sehingga menyebabkan gangguan pada perkhidmatan KTM Komuter.

Beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap insiden tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Dalam kejadian itu, tren Komuter 2110 yang berlepas dari Stesen Jalan Kastam pada pukul 6.39 pagi terpaksa dihentikan selepas melanggar penceroboh di Kilometer 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang.

Insiden ini menyebabkan kelewatan melebihi 60 minit dalam operasi perkhidmatan komuter.

Seramai 200 penumpang yang terjejas dalam kejadian itu dibawa ke Stesen Klang dengan diiringi anggota polis bantuan dan kakitangan KTMB sebelum menaiki bas perantara yang disediakan ke Stesen Subang Jaya.

"KTMB sekali lagi memohon maaf atas kejadian ini dan mengingatkan orang ramai tentang bahaya menceroboh kawasan rel kereta api," menurut kenyataan tersebut.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Ismail Sabri leaves MACC building after 4 hours of' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Inquiry inquiry papers opened against police extor' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'TH receives 85,000 appeals, more than three times ' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Butterworth viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 1 hr 57 mins ago