Translate

31 January 2025

Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji minimum dilaksana secara terbaik



Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji minimum dilaksana secara terbaik

Bernama

31/01/2025


Menyambut baik pelaksanaan perintah itu, Presidennya Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata UNI-MLC turut berharap usaha itu diselaraskan di seluruh negara bagi memberi manfaat kepada pekerja yang bergaji bawah RM1,700. - Gambar fail/Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap perintah gaji minimum baharu yang bermula esok dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.

Menyambut baik pelaksanaan perintah itu, Presidennya Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata UNI-MLC turut berharap usaha itu diselaraskan di seluruh negara bagi memberi manfaat kepada pekerja yang bergaji bawah RM1,700.

"Dengan pelaksanaan gaji minimum ini, sekurang-kurangnya pekerja-pekerja akan dapat merancang kehidupan dan ekonomi keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Shafie berkata UNI-MLC turut bersetuju dengan saranan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bahawa gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah.

Beliau berkata pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

KESUMA dalam kenyataan hari ini memaklumkan perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan berkenaan.

Majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos depan, bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.

KESUMA berkata langkah berkenaan bakal memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'bestfbkl.blogspot.com' 6 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia's digital investments hit record RM163.6 ' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Oscars 202' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '3 Miss Malaysia Who Didn't Get Their Happily Ever ' 31 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan ten' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'bestfbkl.blogspot.com' 43 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kerajaan komited perkasa ekonomi usahawan India - ' 43 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'PATHETIC Manchester United fall to Fulham on Penal' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Oscars 202' 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Oscars 202' 45 mins ago