Translate

28 January 2025

Sindiket kumpul minyak sawit mentah tumpas di Johor



Sindiket kumpul minyak sawit mentah tumpas di Johor

Bernama

28/01/2025


Pasukan Batalion 5, PGA, Simpang Renggam berjaya melumpuhkan sindiket yang menjalankan aktiviti pengumpulan minyak sawit mentah di Pasir Gudang. - Gambar fail/BERNAMA


JOHOR BAHRU: Pasukan Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam berjaya melumpuhkan sindiket yang menjalankan aktiviti pengumpulan minyak sawit mentah di kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini, Sabtu lalu.

Komander Briged Tengah PGA Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari, berkata serbuan menerusi Op Taring Palma sekitar 10 pagi itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki asing berusia antara 36 hingga 47 tahun.

Beliau berkata ketika kejadian kesemua suspek sedang memindahkan minyak sawit mentah dari lori tangki ke dalam tong drum lori tiga tan di sebuah premis di lokasi berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua suspek gagal mengemukakan dokumen memiliki dan menyimpan minyak sawit mentah.

"Dalam operasi tersebut juga kita telah merampas lori tangki, lori tiga tan, empat tong drum, hos getah dan 49 tan minyak sawit mentah bernilai RM294,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hakemal, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM806,500. Kes ini kini disiasat oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Katanya siasatan mendapati minyak sawit itu diperoleh secara sah, namun pemandu lori mengambil kesempatan daripada lebihan minyak di dalam tangki untuk dijual kepada pihak ketiga pada harga lebihJ

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED