Translate

30 January 2025

Malaysia negara ASEAN pertama bakal bangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza



Malaysia negara ASEAN pertama bakal bangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza

Astro Awani

30/01/2025


Projek ini melibatkan sinergi pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi negeri, badan wakaf, NGO, dan rakyat Malaysia, dengan komponen utama seperti apartmen wakaf, masjid, sekolah, dapur komuniti, premis perniagaan, hospital, dan kemudahan komuniti.


PUTRAJAYA: MAPIM Malaysia menyambut baik dengan penuh keterujaan hasrat YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempercepatkan pembangunan semula Gaza.

MAPIM Malaysia menyambut baik hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempercepatkan pembangunan semula Gaza melalui projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, yang merupakan projek berimpak tinggi pertama di ASEAN.

Projek ini melibatkan sinergi pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi negeri, badan wakaf, NGO, dan rakyat Malaysia, dengan komponen utama seperti apartmen wakaf, masjid, sekolah, dapur komuniti, premis perniagaan, hospital, dan kemudahan komuniti lainnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Datuk Sani Araby, menegaskan bahawa projek ini bukan sekadar inisiatif bantuan tetapi satu model pembangunan wakaf yang komprehensif dan mampan, dengan anggaran kos RM120 juta dan tanah wakaf seluas 87 ekar di Khan Yunis.

Malaysia kini berada di landasan sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, sebuah projek berimpak tinggi di bawah naungan Perdana Menteri.

Langkah ini mencerminkan komitmen Malaysia bukan sahaja dalam usaha membangunkan semula Gaza pasca peperangan, tetapi juga memperkukuh kedudukan negara di pentas antarabangsa sebagai peneraju solidariti dan pembelaan terhadap rakyat Palestin.




PROJEK BANDAR WAKAF MALAYSIA DI GAZA: SIMBOLIK KESEPAKATAN RAKYAT DAN USAHA NASIONAL


Projek ini menggabungkan sinergi pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi negeri, badan wakaf, NGO serta rakyat Malaysia bagi memastikan Gaza kembali dibangunkan dengan model pembangunan mampan dan jangka panjang.




Antara komponen utama Bandar Wakaf Malaysia di Gaza ialah:

✅ 14 Blok Apartmen Wakaf – Mewakili semua negeri di Malaysia.

✅ Masjid Berkembar Shah Alam, Menara Tangki Air dan Apartment Selangor– Diwakafkan oleh Kerajaan Negeri Selangor

✅ Sekolah Malaysia di Bandar Wakaf Gaza – diwakafkan oleh Cinta Gaza Malaysia (CGM) yang diketuai oleh Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri, yang juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza.

✅ Malaysia Central Kitchen dan Apartmen Wakaf – Diwakaf oleh JAKIM dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), dengan penglibatan langsung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sebagai pusat makanan komuniti yang akan menyediakan bantuan makanan harian kepada penduduk Gaza.

✅ 56 Unit Premis Perniagaan – Di bawah program Mikro-Kredit Khardul Hasan.

✅ Hospital dan Taman Rekreasi serta Kemudahan komuniti lainnya




Projek ini turut mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, yang menitahkan dan melancarkan Tabung Pembangunan Ihsan Selangor-Gaza pada Mac 2024 sebagai sebahagian daripada usaha negeri dalam membangunkan Gaza





Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Datuk Sani Araby, yang juga merupakan Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza, beliau menegaskan bahawa pembangunan ini bukan sekadar inisiatif bantuan tetapi satu model pembangunan wakaf pertama Malaysia di Palestin, yang boleh dijadikan contoh di peringkat global.

"Projek ini bukan sahaja menyatukan hati rakyat Malaysia merentas bangsa dan agama, tetapi juga membawa kesinambungan usaha kita membina semula Gaza dengan lebih sistematik, tersusun dan mampan," katanya.

Total anggaran kos dijangkakan RM120 juta untuk projek dengan pemberian tanah wakaf seluas 87 ekar di Khan Yunis yang telah dimetrai perjanjian dalam Gaza pada Februari 2023 semasa Misi Khas MAPIM.




Sehingga kini pihak sekretariat sudahpun menerima persetujuan wakaf bernilai RM40 juta.


MAPIM bersama sinergi CGM, Gagasan MyAqsa Defender dan rakan NGO lain yang sebelum ini telah membina 10 masjid di Gaza serta membaik pulih hospital, sekolah, dan rumah penduduk, akan memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini.

"Malaysia telah melakar sejarah dalam operasi kemanusiaan ke Gaza sejak siri penghantaran oleh Ops Ihsan, Misi Bantuan 100 Kontena MAPIM bersama rakan NGO Malaysia, New Zealand dan UK hinggalah misi khas mengeluarkan keluarga Nadir Al-Nuri dan terkini misi merawat pesakit Gaza di Malaysia.

Kini kita melangkah ke hadapan dengan membangunkan semula Gaza menerusi konsep wakaf yang komprehensif dan mampan," tambah Sani Araby.




Majlis pelancaran rasmi projek ini akan diumumkan dalam masa terdekat dan dijangka menjadi satu peristiwa bersejarah dalam hubungan diplomasi dan solidariti kemanusiaan Malaysia-Palestin.

Projek ini juga memperkukuh agenda Malaysia MADANI yang menekankan keprihatinan terhadap isu global, khususnya dalam memperjuangkan keadilan dan hak asasi rakyat Palestin.

"PALESTIN MERDEKA – MALAYSIA MEMBELA GAZA HINGGA AKHIRNYA!"

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula 'gummy' Masih Kriti' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Saya Anak Jantan, Saya Sedia Disaman K' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wyndham Acmar Klang's "Legenda Rasa" Ramadan Buffe' 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wyndham Acmar Klang's "Legenda Rasa" Ramadan Buffe' 36 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Saya Anak Jantan, Saya Sedia Disaman K' 54 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Saya Anak Jantan, Saya Sedia Disaman K' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula 'gummy' Masih Kriti' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Tiada lagi larangan bercer' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula 'gummy' Masih Kriti' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas KSU Kementerian bebas tuduhan bersubahat ter' 1 hr 36 mins ago