Translate

29 January 2025

Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik lima sen di Semenanjung



Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik lima sen di Semenanjung

Bernama

29/01/2025


Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung pada RM3.18 seliter.- Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 30 Jan hingga 5 Feb.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan RON97 kekal pada RM3.43 seliter.




"Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung pada RM3.18 seliter. Harga itu masih rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini," menurut kementerian itu.

MOF memaklumkan harga berkenaan ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu menjelaskan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak, serta menyokong kestabilan harga.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from California viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 7 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Tigerair said that Flight TR2993, which was carryi' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK' 9 mins ago
A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 58 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Seorang jemaah haji dari Malaysia dibawah kelolaan' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A Japanese woman jumped to her death from the 20th' 1 hr 45 mins ago
A visitor from New york viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 48 mins ago