Translate

30 January 2025

Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah



Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah

Bernama

30/01/2025


Beliau semasa meninjau PPS Dewan Suarah Bintulu bersama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini. - Gambar FB Fadillah Yusof


BINTULU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Bantuan itu adalah komitmen kerajaan Persekutuan dalam membantu meringankan beban mangsa yang berdepan situasi mencabar akibat bencana banjir.

"Saya juga akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai bantuan lain yang diperlukan setelah mendapat laporan penuh daripada bahagian jawatankuasa bencana daerah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau PPS Dewan Suarah Bintulu bersama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Fadillah berkata kerajaan juga sedang menyelaras penghantaran bekalan tambahan seperti tilam dan selimut dari bahagian lain termasuk dari Kuching ke Bintulu.

Pada masa sama beliau berkata satu lagi PPS akan dibuka di Paragon NAIM Street Mall yang mampu menampung 1,000 mangsa.

Timbalan Perdana Menteri turut menasihatkan mangsa banjir supaya mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan bantuan sewajarnya dapat disalurkan.

Mangsa banjir juga diminta mendaftar dengan pusat pemindahan dan menghubungi pejabat daerah ataupun pejabat residen untuk mendapatkan bantuan.

Fadillah merakamkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Residen Bintulu serta semua agensi, pasukan penyelamat dan sukarelawan serta semua pihak yang telah banyak membantu mangsa yang terjejas banjir.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing yang telah turun ke padang membantu mangsa banjir di kawasan Parlimen Bintulu.

Fadillah mendoakan agar keadaan segera pulih dan semua mangsa banjir dapat kembali ke kediaman masing-masing.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 21 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 21 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 31 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 48 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 57 mins ago
A visitor from California viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Tigerair said that Flight TR2993, which was carryi' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK' 1 hr 11 mins ago
A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 2 hrs ago
A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 2 hrs 18 mins ago