Translate

31 January 2025

KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung



KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung

Bernama

31/01/2025


Ahmad Zahid beramah mesra bersama para tetamu ketika hadir pada Majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Tokong Cina Xian Fa Shi Gong Sungai Burung, 30 Jan 2025. --fotoBERNAMA


BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM28 juta bagi menaik taraf dan pelebaran jalan raya di Kampung Nelayan Sungai Burung dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDM) berkata peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.

"Sungai Burung sudah ramai orang datang, Sungai Burung tempat perlancongan ternama di Bagan Datuk, Perak. Tapi yang tidak ada di Sungai Burung adalah hotel lima bintang dan saya akan bantu untuk adakan hotel sekurang-kurangnya empat bintang.

"Tapi sebelum ada hotel, jalan mesti besar. Mereka (pelancong) mesti boleh lalu... bukan satu lalu, satu berhenti (jalan sempit)," katanya ketika memberi ucapan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Tokong Xian Fa Shi Gong Sungai Burung, di sini hari ini.

Beliau berkata peruntukan berkenaan meningkat berbanding sebelum ini berjumlah RM10 juta.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut memaklumkan pihaknya akan bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu untuk membincangkan isu nelayan di Bagan Datuk pada Isnin depan.

"Hari Isnin saya akan jumpa beliau, saya minta tarikh untuk beliau datang sini," katanya.

Terdahulu dalam ucapan aluannya, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Hilir Perak Heng Lai Hen mendakwa nelayan di kawasan berkenaan gagal memperbaharui lesen menangkap ikan susulan Jabatan Perikanan Malaysia mengenakan syarat supaya menaik taraf enjin sedia ada kepada kapasiti lebih tinggi menyebabkan mereka tidak mampu membeli enjin bot yang baharu.

Hal tersebut menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut dan menjejaskan pendapatan mereka.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 6 mins ago
A visitor from California viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 18 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Tigerair said that Flight TR2993, which was carryi' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK' 20 mins ago
A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Seorang jemaah haji dari Malaysia dibawah kelolaan' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A Japanese woman jumped to her death from the 20th' 1 hr 56 mins ago