Dua kereta rempuh orang ramai, empat ditahan bantu siasatan cubaan bunuh
Astro Awani
30/01/2025

Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara, pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara, pada Rabu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azry Akmar Ayob, kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan.
"Permohonan reman akan dibuat pada Khamis terhadap keempat-empat suspek," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Pada Rabu, sebuah video yang tular mengenai pelanggaran itu menunjukkan kereta sedan berwarna perak dan trak pikap berwarna putih memecut laju serta merempuh sekumpulan individu yang berdiri di tepi bangunan tersebut sebelum melarikan diri.
Beberapa ketika kemudian, kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai berpatah balik dan memandu melawan arus sebelum cuba sekali lagi untuk merempuh kumpulan yang sama.
Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihak polis menerima laporan semalam, daripada seorang lelaki berusia 24 tahun yang mendakwa menyaksikan sebuah Toyota Hilux dan kereta Toyota Vios dipandu secara berbahaya berhampiran kelab malam berkenaan.
Katanya, kenderaan berkenaan melanggar sekumpulan individu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya dua daripada mereka mengalami kecederaan.
Beliau berkata, polis membuka siasatan cubaan membunuh berhubung insiden tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi talian hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau hotline Polis Brickfields di 03-2297 9222," katanya.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Sinar Harian
30/01/2025

Perselisihan faham ketika berhibur dipercayai menjadi punca sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan di Jalan Klang Lama, Selasa lalu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perselisihan faham ketika berhibur dipercayai menjadi punca sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan dalam kejadian di Jalan Klang Lama, Selasa lalu.
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Polis sedang menyiasat punca kejadian dan menunggu laporan lanjut. Dua individu cedera dalam insiden tersebut.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan berdasarkan laporan diterima berkaitan kejadian membawa kepada tangkapan empat lelaki warga tempatan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
"Tangkapan dijalankan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
"Kesemua suspek berumur antara 20-an hingga 30-an itu ditahan kira-kira jam 7 pagi dan akan direman untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, siasatan awal setakat ini mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham.
"Siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara kumpulan suspek dan mangsa semasa berhibur.
"Setakat ini punca lain yang mengakibatkan berlakunya kejadian ini masih dalam siasatan polis," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan suasana berdekatan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini gempar apabila sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan mengakibatkan dua cedera, Selasa lalu.
Kejadian itu dirakam oleh orang awam sebelum didapati tular di media sosial memaparkan dua kenderaan berkenaan iaitu Toyota Hilux dan Toyota Vios awalnya dilihat memandu secara melulu.
Dua kenderaan terbabit secara tiba-tiba merempuh sekumpulan individu yang berada di tepi jalan dekat pusat hiburan di lokasi terbabit.
Beberapa individu dilihat cuba menghalang tindakan pemandu kedua-dua kenderaan terbabit namun gagal.
Video berdurasi 48 saat itu turut memaparkan dua kenderaan itu dilihat beberapa kali melanggar sekumpulan individu di lokasi berkenaan sebelum berlalu pergi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya daripada orang awam yang menyaksikan kejadian. -Sinar Harian