Translate

28 January 2025

Suspek ragut wanita warga emas diberkas



Suspek ragut wanita warga emas diberkas

Bernama

28/01/2025


Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop (tengah) menunjukkan barang rampasan pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA


KANGAR: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Batu Pahat, Kampung Syed Omar, di sini, tiga hari selepas kejadian.

"Ketika serbuan, suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya diberkas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian ragut itu berlaku pada 9.45 pagi ketika mangsa berusia 75 tahun berjalan kaki berseorangan melalui lorong kecil berhampiran Bukit Lagi, sebelum dihampiri suspek yang menaiki motosikal dari arah belakang lalu meragut beg tangannya.

"Beg tangan mangsa mengandungi wang tunai RM200, telefon bimbit jenis Oppo A96 dan kunci rumah. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Yusharifuddin berkata lelaki terbabit didapati memiliki lapan rekod jenayah dan dadah sejak 2011 termasuk tiga kes ragut yang berlaku di sekitar Kangar.

Lelaki itu yang positif terhadap dadah jenis methamphetamine, katanya kini direman hingga 31 Jan ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 12 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 14 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 16 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 17 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 2 hrs 50 mins ago