Translate

30 January 2025

Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud



Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama

30/01/2025


Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga sayur kerugian RM214,700 akibat diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, pada 11 Dis tahun lalu wanita berusia 54 tahun itu telah melihat satu iklan pelaburan di laman sosial berkenaan sebelum menghubungi lelaki dikenali sebagai 'Zulfikar' melalui aplikasi Whatsapp untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Beliau berkata, mangsa yang berasal dari Tepoh, Kuala Nerus itu kemudiannya diminta untuk menghubungi individu wanita lain yang akan menerangkan lebih lanjut tentang pelaburan tersebut.

"Mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa tiga hingga enam jam dengan pelaburan asas sebanyak RM500. Terpengaruh dengan nilai keuntungan yang besar, mangsa telah membuat pelaburan pertama seperti yang diarahkan.

"Namun, beberapa jam kemudian, mangsa diminta untuk membuat pembayaran lain bagi urusan pengeluaran keuntungan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata, mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.

Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu membuat laporan polis pada 7.24 malam, semalam setelah gagal mendapat keuntungan pelaburan yang dijanjikan meskipun telah sekian lama menungu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta agar sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan sindiket yang semakin pelbagai," katanya. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 7 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 14 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 19 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 20 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 39 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 49 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 2 hrs 1 min ago