Translate

31 January 2025

PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000



PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000

Bernama

31/01/2025


Anggaran keseluruhan nilai rampasan ialah RM107,122.40, dan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - Foto Briged Tenggara PGA


KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan cubaan menyeludup rokok bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di Kampung Manjor, Laloh, pada Rabu lepas.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar pukul 8.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 46,000 batang rokok putih dan 10,000 batang rokok kretek yang dipercayai untuk pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggaran keseluruhan nilai rampasan ialah RM107,122.40, dan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, dan semua barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk tindakan lanjut," katanya.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from New york viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 4 hrs 22 mins ago