Translate

31 January 2025

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur



Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur

Astro Awani

31/01/2025


Penunjuk perasaan yang berkumpul dan membaling telur ke arah Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada Khamis turut membawa bersama sepanduk yang memaparkan tulisan berbaur provokasi. - Foto @KspiCitu


PULUHAN penunjuk perasaan yang terdiri daripada ahli Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia (KSPI) dan Partai Buruh serta kumpulan hak asasi manusia dilaporkan membaling telur ke arah Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pada Khamis.

Menurut media tempatan, tindakan itu merupakan satu bentuk protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu, sehingga menyebabkan seorang terbunuh dan empat lagi cedera.

Salah seorang ahli turut menuntut siasatan tegas dijalankan terhadap anggota yang terlibat dalam insiden tersebut termasuk dengan memenjarakannya.

Mereka turut membawa sejumlah sepanduk yang memaparkan tulisan berbaur provokasi seperti 'Ganyang Malaysia' dan 'Tangkap dan penjarakan polis Malaysia yang menembak mati pekerja migran Indonesia'.

Sementara itu, Presiden Indonesia Prabowo Subianto semalam ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Rapat Pimpinan (Rapim) TNI-Polri Tahun 2025 di Jakarta memaklumkan, beliau yakin pihak berkuasa Malaysia akan melakukan siasatan dengan telus.

Beliau juga antara lain memaklumkan, sudah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kepada Astro AWANI semalam, siasatan pihak polis mendapati, terdapat kesan atau unsur-unsur bot dinaiki anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia itu telah dilanggar.

Tambahnya, siasatan ke atas bot PATI itu pula menemukan dua bilah parang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Suami isteri ditahan kes langgar lari' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami isteri ditahan kes langgar lari' 17 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS | BEST F' 21 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Sidang Media SPRM - Bekas PM Ismail Sabri adalah s' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sidang Media SPRM - Bekas PM Ismail Sabri adalah s' 31 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Skim Jaminan SJPP, SJKP beri akses pembiayaan inkl' 32 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Skim Jaminan SJPP, SJKP beri akses pembiayaan inkl' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sidang Media SPRM - Bekas PM Ismail Sabri adalah s' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sidang Media SPRM - Bekas PM Ismail Sabri adalah s' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami isteri ditahan kes langgar lari' 46 mins ago