Pengarah syarikat kawalan keselamatan, suami didenda RM5,000, jalankan perniagaan tanpa lesen
Pengarah syarikat kawalan keselamatan, suami didenda RM5,000, jalankan perniagaan tanpa lesen
Bernama
28/01/2025

Pengarah syarikat kawalan keselamatan K Shoba Devi dan suaminya V Anbarasan (kiri) masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah.- Foto Bernama
PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat kawalan keselamatan dan suaminya masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan perniagaan agensi persendirian tanpa lesen, tahun lepas.
Majistret Farah Azura Mohd Saad menjatuhkan hukuman itu ke atas V Anbarasan, 47, dan isterinya K Shoba Devi, 45, dan memerintahkan pasangan itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya mereka gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, pemegang saham, Anbarasan dan pengarah syarikat, Shoba Devi didakwa bersama-sama menjalankan perniagaan agensi persendirian tanpa mempunyai lesen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 3(1) Akta Agensi Persendirian 1971.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pos Pengawal Badan Pengurusan Bersama (JMB) Kompleks Suria Kinrara, Puchong di sini pada 9.30 pagi, 21 Okt lepas, mengikut Seksyen 14 Akta Agensi Persendirian 1971 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian sepasukan pegawai Penguatkuasa dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat rondaan di kawasan berkenaan.
Hasil semakan Sistem Pengurusan Industri Keselamatan (eSIMS) KDN mendapati syarikat itu tidak berdaftar dengan agensi itu dan mendapati syarikat tersebut tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan KDN bagi menjalankan perniagaan agensi persendirian.
Pegawai Pendakwa daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Siti Salmi Ashaari memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada syarikat kawalan keselamatan lain yang mana ia boleh menjejaskan keselamatan negara
"Syarikat ini tiada lesen untuk menjalankan perniagaan pengawal keselamatan. Mereka mengambil pengawal keselamatan tanpa tapisan, sekiranya berdaftar dengan KDN pihak kami akan memeriksa dan melalui tapisan sama ada pengawal keselamatan mempunyai sejarah rekod lampau dan jenayah," katanya.
Bagaimanapun, peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman denda dengan alasan mereka telah insaf serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama.
"Anak guam saya mempunyai dua anak masing-masing berusia 15 dan 16 tahun," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
Jan 2025
(1451)
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasata...
- Three, including one Britons, arrested with 61.3 k...
- Malaysia's official reserve assets at US$116.22 bi...
- Trump repeats tariffs threat to dissuade BRICS nat...
- New minimum wage order comes into force tomorrow, ...
- Mohd Nizam dilantik Panglima Angkatan Tentera
- Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji ...
- Ibu bapa Zayn Rayyan mohon Mahkamah Tinggi semak k...
- Police confirm theme park visitor injured by falli...
- UNCLE CINA DISAM0N DI KEDAI MAKAN
- Indonesians shot by MMEA involved in migrant smugg...
- 'Things that weren't a problem for decades are now...
- Briton held at KLIA with 31kg of ganja
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kaw...
- Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM2...
- Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
- 'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Isk...
- Pasangan kekasih didakwa bunuh bayi perempuan
- Keldai Akaun Aktif Keluar Wang Haram Ditumpas
- Polis Selangor Tambah Anggota Untuk Menyelinap Ke ...
- polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung d...
- Tujuh Individu Yang Berpakaian Istiadat Tentera Ak...
- Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap ...
- Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
- Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa esok, b...
- Moto BergeIut Dengan Abg Trafik
- Suspek Ugut Harith Iskander Dan Keluarga Didakwa
- Wanita maut kereta bertembung lori tentera di Masj...
- Tottenham Hotspur 3-0 IF Elfsborg | Europa League ...
- FCSB 0-2 Manchester United | Europa League 24/25 M...
- Banjir Sarawak dan Sabah Lebih 15,000 Mangsa Berl...
- 137 Laporan Polis Dibuat Babitkan Kerugian Hampir ...
- Lima Suspek Ditahan, Tiga Lagi Individu Dikesan
- Pengawal Keselamatan Maut Dirempuh Pemandu 'Lalok'
- PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih R...
- KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencero...
- Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indone...
- KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di S...
- 14 passengers on American Airlines flight were mem...
- Trump Takes Questions From Reporters At Briefing A...
- Authorities believe 'no survivors' in midair plane...
- Polis kesan tiga lagi suspek terbabit rempuhan sek...
- Jari kaki Guan Eng terkehel tersepak bucu katil
- Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di ...
- Pelajar Malaysia dilaporkan hilang di Jepun ditemu...
- Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
- US President Donald Trump raised questions over th...
- Malaysia negara ASEAN pertama bakal bangunkan Band...
- Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suam...
- Plane crashes in South Sudan, kills 20
- Kereta Hilux dan Vios yang rempuh orang ramai depa...
- Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelabu...
- Pasangan suami isteri ditahan, anak tujuh tahun ma...
- Wanita warga emas cedera disamun, diserang guna pe...
- Manchester City 3-1 Club Brugge | Champions League...
- Borussia Dortmund 3-1 Shakhtar Donetsk | Champions...
- Girona 1-2 Arsenal | Champions League 24/25 Match
- PSV 3-2 Liverpool | Champions League 24/25 Match
- Jetliner coming from Wichita, Kansas, collides mid...
- 2 Lelaki Cedera Dirempuh Dua Kenderaan Dipandu Melulu
- Sebenarnya.my chatbot AIFA launched to combat fake...
- 7,964 out of 18,000 stranded workers selected in f...
- Nearly 40 bodies at morgue after India's Kumbh sta...
- Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ketara, 5,...
- Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di...
- Bantuan Khas Kewangan Dibayar 25 Februari Ini
- Persatuan PTD Bidas Khairy Jamaluddin
- ADA PLOT TWIST, ISTERI ALONG CHAM PULA BUAT LAPORA...
- Polis Sahkan Isteri Along Cham Buat Laporan
- Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM55...
- Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan sem...
- Petronas pertimbang tamat aktiviti aset matang, te...
- Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik li...
- Man who brazenly hid wealth ordered to add $10 mil...
- UMNO Lalat? Saya Hormat Umur Tun M, Bukan Pendapat...
- Saya Dah Tegas, MCA Johor Pun Sudah Minta Maaf - K...
- Situasi Di Sarawak Memburuk, Lebih 1,200 Mangsa Te...
- Kanak-Kanak Jatuh Longkang Ditemui Lemas
- Tahun Baharu Cina: Aliran trafik perlahan, 'smart ...
- Seorang Maut, 4 Cedera Ringan Ceroboh Landasan KTMB
- KPN Tiada Hak Saman Fitnah - Papagomo
- Satu Maut, Empat Hilang Tanah Runtuh Di Miri
- Lelaki Dipenjara Enam Bulan Tumbuk Anggota Polis
- ASP Mengaku Tidak Bersalah Dalam Kes Suapan RM75,000
- Nvidia shares plunge 17 percent, hitting the lowes...
- Five reasons why DeepSeek is more advanced than Ch...
- 'This is all a misunderstanding' - This is Arif's ...
- JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
- ESSCOM patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebi...
- MACC ready to investigate allegations of misconduc...
- Air Busan plane catches fire before takeoff, 176 p...
- Fingerprint report does not match suspect in stabb...
- DBKL conducts investigation into alleged RM4 milli...
- PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi tit...
- Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun ...
- Why Trump proposal on Palestinian displacement fro...
- Google Maps to rename 'Gulf of Mexico' to 'Gulf of...
- Mengejutkan! Along Cham dedah isteri seleweng duit...
- Trump says Microsoft is in talks to acquire TikTok
- Trump: DeepSeek's AI should be a 'wakeup call' to ...
- Suspek ragut wanita warga emas diberkas
- Pastikan suis kelengkapan elektrik dimatikan sebel...
- Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah...
- Konsert solo 'Amy Search Magic' 26 April ini
- Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 buti...
- Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, buk...
- Sindiket kumpul minyak sawit mentah tumpas di Johor
- Agong terima watikah 6 ketua perwakilan asing
- Hannah Saman Fitnah Razman
- Mahkamah Tolak Permohonan Ibu Bapa Zayn Rayyan
- Peniaga warga Indonesia didenda RM6,000 miliki kad...
- Majikan tidak boleh paksa pekerja ambil cuti tahun...
- Dua anggota polis mengaku tidak bersalah terima ra...
- Pengarah syarikat kawalan keselamatan, suami diden...
- Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disya...
- Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu
- Pembantu tadbir didakwa kemuka borang bayaran palsu
- Pempengaruh wanita warga Singapura didenda RM1,000...
- Sembilan termasuk lapan warga Taiwan didakwa edar ...
- Bekas pegawai NAFAS didakwa terima suapan AS$300,000
- Iran Dedah Senjata Dron Terbesar
- Suami Isteri Maut Ketika Konvoi Motosikal Di Thailand
- Enam Suspek Kes Pecah Rumah, Tetak Mangsa Diberkas
- Sindiket Lantik Artis, Selebriti Untuk Promosi Sya...
- 201 'Ulat KLIA' Cekik Darah Penumpang Ditahan JPJ
- Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cu...