Translate

30 January 2025

Jari kaki Guan Eng terkehel tersepak bucu katil



Jari kaki Guan Eng terkehel tersepak bucu katil

Buletin TV3

30 Januari 2025

Guan Eng mendapat rawatan di Hospital Island Penang. Imej imbasan X-ray jari kaki yang dikongsi Guan Eng di Facebooknya (kanan).


GEORGETOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng selamat menjalani prosedur rawatan di Hospital Penang Island, di sini, hari ini selepas mengalami kecederaan pada jari kakinya akibat tersepak hujung katil, pagi tadi.

Bekas Menteri Kewangan yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerusi hantaran di laman Fecebook berkata, jari kaki keempatnya terkehel daripada kedudukan asal akibat insiden itu.

“Selesai menjalani prosedur ‘local anaesthetic’ (bius setempat) untuk memperbetulkan jari kaki keempat saya yang terkehel (dislocated) susulan terlanggar di hujung katil pagi tadi.

“Syukur kepada Tuhan kerana keluarga saya menggesa supaya saya mendapatkan rawatan segera,” tulisnya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Guan Eng turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan beliau terbaring di katil hospital serta imbasan X-ray jari kakinya yang tercedera dalam hantaran berkenaan.

Beliau juga berterima kasih kepada Pakar Ortopedik Hospital Penang Island, Datuk Dr Oh Kim Soon yang sudi merawatnya meskipun ketika sedang bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Setakat ini, hantaran ahli politik berusia 63 tahun itu menerima lebih 8,700 reaksi, lebih 2,000 komen dan dikongsi lebih 109 pelayar Facebook yang rata-ratanya mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Mereka termasuklah Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Ramkarpal Singh.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 4 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 5 hrs 25 mins ago