Translate

29 January 2025

ESSCOM patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM870,000



ESSCOM patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM870,000

Bernama

29/01/2025


Sejumlah 580,000 batang rokok putih pelbagai jenis dan 440 bungkusan kecil tembakau dirampas dalam operasi itu yang dilaksanakan hasil maklumat orang awam. - Foto ESSCOM


LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menahan dua warga asing dan mematahkan cubaan menyeludup rokok membabitkan nilai anggaran selepas cukai sebanyak RM871,854.40 dalam operasi di koloni setinggan atas air di Kampung Bakau di sini semalam.

Komander ESSCOM DCP Datuk Victor Sanjos berkata sejumlah 580,000 batang rokok putih pelbagai jenis dan 440 bungkusan kecil tembakau dirampas dalam operasi itu yang dilaksanakan hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata seorang wanita dan seorang lelaki warganegara Filipina yang ditangkap dipercayai aktif dalam kegiatan menyeludup rokok tanpa cukai di sini, dan pihaknya merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda serta tiga bot enjin sangkut bernilai kira-kira RM62,000.

Mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala siasatan kes penyeludupan pula di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata ESSCOM sentiasa memantau dan akan terus memperhebat operasi-operasi khas seperti ini bagi mengekang sebarang elemen yang boleh mengganggu-gugat keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan awam, khususnya di Pantai Timur Sabah.

"Saya amat mengalu-alukan kerjasama orang awam melaporkan terus sebarang maklumat, aktiviti dan insiden mencurigakan ke Pusat Operasi ESSCOM menerusi talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp 011-63311072," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 3 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 5 hrs 13 mins ago