Translate

31 January 2025

Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa esok, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA



Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa esok, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA

Bernama

31/01/2025


Kenyataan KESUMA itu turut menegaskan bahawa semua majikan diwajibkan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum itu dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA: Perintah Gaji Minimum baharu akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai esok, menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan tersebut.

Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos depan, bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.

KESUMA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan langkah berkenaan bakal memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif.

"Ia juga sejajar dengan komitmen kerajaan untuk 'menaikkan lantai' ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli yang seterusnya dapat menambah baik kualiti hidup rakyat," menurut kenyataan KESUMA.

Kenyataan KESUMA itu turut menegaskan bahawa semua majikan diwajibkan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum itu dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

Kegagalan majikan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum merupakan satu kesalahan dan boleh didenda sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

KESUMA turut mengingatkan bahawa gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan para pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran.

"Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum ini merupakan satu daripada pendekatan besar KESUMA dalam meningkatkan pendapatan kaum pekerja, selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.

"Dengan pelaksanaan yang berkesan, bukan sahaja pendekatan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," menurut kenyataan itu.

Justeru, KESUMA menyeru semua majikan, pekerja dan pihak berkepentingan industri untuk bekerjasama dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Perintah Gaji Minimum baharu, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di https://minimumwages.mohr.gov.my/ dan bagi sebarang pertanyaan, majikan atau pekerja boleh emel kepada minimumwages@mohr.gov.my.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Suami isteri ditahan kes langgar lari' 6 secs ago
A visitor from Florida viewed 'bestfbkl.blogspot.com' 10 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia's digital investments hit record RM163.6 ' 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Oscars 202' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '3 Miss Malaysia Who Didn't Get Their Happily Ever ' 35 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan ten' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'bestfbkl.blogspot.com' 48 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kerajaan komited perkasa ekonomi usahawan India - ' 48 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'PATHETIC Manchester United fall to Fulham on Penal' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Oscars 202' 50 mins ago