Translate

30 January 2025

Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta



Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta

Bernama

30/01/2025


Nanta berkata kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan itu memandangkan keadaan struktur tanah yang tidak stabil dan tidak selamat di lokasi. - Gambar FB JKR Sarawak


KAPIT: Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kapit, penutupan sementara dibuat bagi membolehkan pihak terbabit membuat lencongan untuk membuka laluan kepada kenderaan ringan.

"Kejadian berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan itu memandangkan keadaan struktur tanah yang tidak stabil dan tidak selamat di lokasi.

Residen Bahagian Kapit Elvis Didit bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Katibas Lidam Asan dan Pegawai Daerah Song Harry Bruce, katanya telah turun padang bagi memeriksa bahagian jalan yang runtuh.

Selain itu, Nanta memaklumkan terdapat beberapa lagi kejadian tanah runtuh di daerah Kapit dan Belaga.

Kawasan terjejas antaranya simpang masuk ke Menara Pemancar TV & Radio dan Lorong 1, Taman Bian Hua, Daerah Kapit; Kilometer 34, Jalan Menjawah - Belaga; dan Jalan Bakun - Belaga iaitu antara Uma Badeng Dangan/Bakun, daerah Belaga.

Beliau berkata Elvis telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kapit untuk memantau secara dekat keadaan di seluruh daerah itu bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca buruk ketika ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Belaga juga sudah mengambil tindakan dengan membersihkan laluan terjejas bagi membolehkan pengguna jalan raya melalui kawasan berkenaan.

"Pihak JKR turut memasang papan tanda yang bersesuaian di lokasi kejadian," katanya sambil menambah penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 5 hrs 2 mins ago