Translate

29 January 2025

JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025



JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025

Bernama

29/01/2025


Zamri (dua, kiri) ketika memeriksa dokumen perjalanan pemandu bas ekspres pada Operasi Khas sempena Tahun Baharu Cina Peringkat JPJ Negeri Terengganu di Terminal Bas MBKT Kuala Terengganu. - Foto BERNAMA


KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas Tahun Baru Cina (Op Khas TBC) 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.

Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 1,833 notis juga dikeluarkan terhadap pemandu yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan dalam Op Khas TBC kali ini.

"Antara kesalahan paling banyak dikesan ialah gagal mematuhi lampu isyarat merah, tidak memakai topi keledar, memotong di garisan berkembar dan tidak memakai tali pinggang keledar.

"Hasil pemeriksaan kita juga telah menyita sebanyak 37 kenderaan termasuk 30 motosikal, empat kereta dan tiga lori," katanya selepas melakukan pemeriksaan bas ekspres di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) malam tadi.

Zamri berkata pihaknya juga telah menugaskan 16 anggota untuk melakukan kerja penyamaran bagi mengawasi pemandu dan memantau pergerakan bas ekspres sepanjang Op Khas TBC 2025.

Beliau berkata ia melibatkan perjalanan pergi dan balik ke tiga destinasi iaitu Kota Bharu, Kuantan dan Kuala Lumpur.

"Bagi memastikan bas berada dalam keadaan selamat, JPJ Terengganu telah mengambil langkah awal dengan menjalankan pemeriksaan di tujuh depoh seluruh negeri bermula 13 hingga 19 Jan.

"Sementara itu, dalam tempoh Op TBC 2025 sebanyak 165 bas telah diperiksa. Sejumlah 31 pemandu bas juga diarah menjalani pemeriksaan air kencing dan semua menunjukkan keputusan negatif," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 7 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 14 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 19 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 20 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 39 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 49 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 2 hrs 1 min ago