Translate

28 January 2025

Majikan tidak boleh paksa pekerja ambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji - KESUMA



Majikan tidak boleh paksa pekerja ambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji - KESUMA

Bernama

28/01/2025


KESUMA menerima aduan daripada pekerja mengenai tindakan segelintir majikan yang memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.- Gambar hiasan/Bernama


PUTRAJAYA: Majikan yang merancang untuk menutup operasi perniagaan melebihi hari kelepasan am yang diwartakan sempena Tahun Baharu Cina diingatkan agar tidak memaksa pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sepanjang tempoh tersebut.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima aduan daripada pekerja mengenai tindakan segelintir majikan yang memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.

"KESUMA ingin menegaskan bahawa pekerja berhak menentukan bila mereka ingin memohon cuti tahunan. Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji bagi tujuan mengurangkan kos perniagaan.

"Ini kerana cuti tahunan serta cuti tanpa gaji hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri," menurut kenyataan itu.

KESUMA memaklumkan pekerja yang mendapati majikan menolak kelayakan cuti tahunan atau gaji bagi tempoh penutupan syarikat yang melebihi hari kelepasan am boleh melaporkan perkara ini kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan, mengikut peruntukan Seksyen 69 Akta Kerja 1955 [Akta 265].

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kangar viewed 'Ustaz Mengaku Bersalah Terima Hukuman 10 Tahun Pen' 14 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan ASEA' 38 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Bomba ambil masa hampir 12 jam padam kebakaran bel' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awa' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontra' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Akhirnya Che Ta bertemu media… Hutang Mara dah sel' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cakra Khan bakal adakan konsert solo di Malaysia &' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat t' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Genoa viewed 'KLIFAA 2024 gets 3,135 entries, Malaysia one of th' 1 hr 59 mins ago