Translate

30 January 2025

Pelajar Malaysia dilaporkan hilang di Jepun ditemukan selamat



Pelajar Malaysia dilaporkan hilang di Jepun ditemukan selamat

Bernama

30/01/2025


Maklumat mengenai penemuan Nurin Hannani dikongsi oleh MSAJ di laman Facebook rasminya pada Khamis. - Gambar fail/Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.

Maklumat mengenai penemuan Nurin Hannani Hafizi, 21, penuntut institusi pengajian Kure Kosen dikongsi oleh Malaysian Students' Association in Japan (MSAJ) di laman Facebook rasminya pada Khamis.

Sebuah organisasi dakwah rakyat Malaysia di Jepun, IMAN Jepun turut berkongsi berita itu di Facebook.

"Kami telah menerima berita daripada Kedutaan Malaysia. Alhamdulillah, Hannani telah ditemukan dengan selamat. Terima kasih kepada semua atas kerjasama, sokongan dan doa anda. Kebaikan dan usaha anda amat bermakna," kata IMAN Jepun di laman Facebook rasminya.

Sebelum ini, Nurin Hannani dilaporkan hilang pada Rabu setelah tidak pulang ke kampus sejak malam Isnin sehingga pihak Kosen membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 13 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '“Bodoh, Kandang Babi” Gamatkan Dewan Rakyat! Arau ' 28 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Betul Ke Menteri Ekonomi Sudah 'Clearkan' Ofis? - ' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Betul Ke Menteri Ekonomi Sudah 'Clearkan' Ofis? - ' 44 mins ago