Translate

29 January 2025

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar



Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar

Astro Awani

29/01/2025


Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza, Palestin.- Gambar fail/Reuters


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza, Palestin.

Kerajaan Malaysia dan Jepun berhasrat untuk menubuhkan dan melancarkan dana melalui kegiatan Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza, termasuk pembinaan sekolah, rumah sakit, dan masjid.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pelaksanaan program pembangunan semula Gaza akan disegerakan melalui usaha bersama Kerajaan Malaysia dan Jepun.

Malaysia kini dalam proses rundingan dengan Jepun untuk mengadakan persidangan bagi merancang dan mengumpul dana pembangunan semula Gaza dengan melibatkan negara-negara yang mempunyai pemikiran yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ucapan khas pada Rabu memaklumkan usaha bersama Kerajaan Jepun untuk menubuh dan melancarkan dana melalui kegiatan Asia Timur membangunkan Gaza termasuk dengan pembinaan infrastruktur termasuk sekolah, rumah sakit dan masjid.

"Alhamdulillah, atas usaha Kerajaan dan Menteri Luar kita telah dapat kepastian supaya dapat disegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama Kerajaan Jepun dan Malaysia yang berhasrat untuk menubuhkan dan melancarkan dana melalui kegiatan Asia Timur maknanya program Asia Timur untuk membangunkan Gaza.

"Bagi pihak Malaysia dengan usaha ini dan usaha saya percaya bersama dengan rakyat dan juga kolaborasi dengan sektor swasta, insya-Allah kita akan mulakan dengan pembinaan sebuah sekolah, sebuah rumah sakit dan sebuah masjid sebagai suatu usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat. Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin," katanya.
.
Malaysia kini dalam proses rundingan dengan negara Jepun untuk mengadakan satu persidangan untuk memikirkan kaedah bagi mengumpul dan merancang pembangunan semula Gaza.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, proses rundingan dengan negara Jepun untuk mengadakan satu persidangan untuk memikirkan kaedah bagi mengumpul dan merancang pembangunan semula Gaza bakal melibatkan negara yang mempunyai aliran pemikiran yang sama dengan Malaysia.

Kerajaan Malaysia dan Jepun bersama-sama bersetuju supaya persidangan dapat dilakukan dalam kadar segera berbanding perancangan asal, pada Julai.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 1 hr 55 mins ago
A visitor from New york viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 4 hrs 12 mins ago