Translate

28 January 2025

Pastikan suis kelengkapan elektrik dimatikan sebelum tinggalkan rumah - Suruhanjaya Tenaga



Pastikan suis kelengkapan elektrik dimatikan sebelum tinggalkan rumah - Suruhanjaya Tenaga

Bernama

28/01/2025


Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina dinasihatkan agar memastikan suis kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan. - Foto hiasan


PUTRAJAYA: Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina dinasihatkan agar memastikan suis kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan serta mengelak daripada menggantung perhiasan perayaan pada tiang elektrik.

Itu antara tip keselamatan penggunaan elektrik dan gas pada musim perayaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST) menerusi satu kenyataan sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok.

"Selain daripada itu, sila pastikan wayar kelengkapan elektrik tidak koyak atau terdedah," menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu memaklumkan orang ramai juga perlu memastikan injap silinder gas ditutup sebelum meninggalkan kediaman masing-masing.

"Pastikan dapur gas memasak anda selamat dengan hanya menggunakan perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM," menurut ST.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from California viewed 'Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontra' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaf' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susul' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Litar pintas dipercayai punca lima beranak rentung' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel ' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cakap Senang Untuk Bubar Parlimen Tetapi Hakikatny' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 ' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sistem Semakan Permohonan Mykad / Mypr / Mykas Onl' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat h' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sekitar Majlis Perkahwinan Syafiq Kyle & Mimi Lana' 3 hrs 7 mins ago