Translate

28 January 2025

Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial



Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial

Bernama

28/01/2025


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 581 kertas siasatan telah dibuka dan bagi penyelesaian kes tahun lepas sejumlah 404 pertuduhan telah dibuat. - Gambar fail/BERNAMA


SIBU: Ibu Pejabat Daerah (IPD) Daerah Sibu merekodkan jumlah kerugian wang tunai akibat jenayah komersial mencecah RM20,143,509.90 sepanjang tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 581 kertas siasatan telah dibuka dan bagi penyelesaian kes tahun lepas sejumlah 404 pertuduhan telah dibuat.

Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah kerugian itu, RM17,884,920.24 melibatkan kes tipu yang disiasat di bawah Seksyen 415 hingga Seksyen 420 Kanun Keseksaan; pecah amanah jenayah membabitkan RM1,653,016.65 (Seksyen 405 hingga Seksyen 409 Kanun Keseksaan); kerugian mencecah RM515,648.01 bagi jenayah siber (Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997), along yang merekodkan RM89,925.00 (Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951).

"Bagi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, sebanyak 49,988 saman dikeluarkan dan sejumlah RM1,378,088 telah dikenakan berkaitan dengan pelbagai kesalahan trafik," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan IPD Sibu di sini hari ini.

Perhimpunan berkenaan menyaksikan 27 petugas IPD Sibu menerima sijil penghargaan Ketua Polis Daerah, 11 menerima sijil penghargaan Pesuruhjaya Polis Sarawak dan 19 pegawai rendah polis mendapat kenaikan pangkat.

Zulkipli berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah membuat rampasan dadah yang dianggarkan bernilai RM298,942 dengan jumlah tangkapan sebanyak 1,098 orang sepanjang tahun lepas.

Dalam tempoh itu juga, katanya rekod kes jenayah indeks ialah 697 kes dan kes selesai sebanyak 657 atau 94 peratus.

"Sesungguhnya, semua pencapaian bertitik tolak daripada kesungguhan dan komitmen warga kerja IPD Sibu dalam menghasilkan kecemerlangan perkhidmatan sekali gus memastikan keselamatan umum daerah Sibu sentiasa terpelihara dan terjamin," katanya.

Selain itu, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti telah mengadakan strategi tindakan berupa penglibatan komuniti melalui kempen kesedaran keselamatan, seperti program rondaan sukarela dan program jiran pintar yang berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keberkesanan polis dalam menjaga keselamatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kangar viewed 'Ustaz Mengaku Bersalah Terima Hukuman 10 Tahun Pen' 10 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan ASEA' 34 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Bomba ambil masa hampir 12 jam padam kebakaran bel' 41 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awa' 41 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontra' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Akhirnya Che Ta bertemu media… Hutang Mara dah sel' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cakra Khan bakal adakan konsert solo di Malaysia &' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat t' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Genoa viewed 'KLIFAA 2024 gets 3,135 entries, Malaysia one of th' 1 hr 55 mins ago