Translate

31 January 2025

Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak



Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak

Bernama

31/01/2025


Analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga esok. - Bernama


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga esok di tujuh kawasan di Sarawak.

Ketua Pengarahnya Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga esok.

"Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di Sarawak. Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengemaskini amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan Sarawak berkuat kuasa hingga 1 Feb 2025," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kawasan yang diramal mengalami hujan berterusan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah.

Pada Rabu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak hingga Jumaat (hari ini) melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis).

Mohd Hisham dalam kenyataan sama memaklumkan jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa hingga hari ini.

"Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," katanya.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 10,009 orang daripada 2,817 keluarga setakat petang ini berbanding 9,398 orang daripada 2,725 keluarga yang dilaporkan pagi tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, banjir di daerah Bintulu menunjukkan tanda-tanda surut namun jumlah mangsa yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara yang diaktifkan meningkat kepada 4,251 orang daripada 1,086 keluarga berbanding 4,021 orang daripada 1,083 keluarga pagi tadi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidi' 5 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia, negara ASEAN perlu wujud kesep' 49 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia, negara ASEAN perlu wujud kesep' 50 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki cuba buka pintu pesawat dari Kuala Lumpur m' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 1 hr 48 mins ago
A visitor from La rioja viewed 'Bapa mengaku bersalah sumbang mahram bersama anak ' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 15 mins ago