Translate

31 January 2025

'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'

31/01/2025

Seorang tukang rumah dihukum penjara lima bulan dan didenda RM2,000 selepas mengaku mengugut Harith Iskander serta keluarganya. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengugut dan mempermainkan perasaan pelawak, Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Izzuddin Md Salim, 31, dikenakan hukuman itu selepas mengaku atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, S Mageswary.

Mahkamah memerintahkan lelaki yang masih bujang itu, dipenjara bermula tarikh tangkap 24 Januari lalu, dan sekiranya gagal membayar denda, dia dikehendaki menjalani hukuman penjara tambahan selama dua bulan.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang mengandungi kata-kata ugutan kepada bekas isteri Harith, iaitu Dr Jezamine Lim, 42, membabitkan keselamatan anak perempuan mereka.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah restoran nasi lemak, pada jam 8.50 pagi, 23 Januari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Harith terpaksa membatalkan program 'Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter' di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) susulan beliau dan ahli keluarga menerima ancaman bunuh.

Ancaman itu dipercayai selepas pelawak terbabit memuat naik hantaran di media sosial yang cuba membuat jenaka mengenai topik ham, yang kemudian mengundang kecaman netizen kerana didakwa membuka ruang mempersendakan agama.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seorang suspek berusia 31 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berkenaan.

Razarudin berkata, penahanan itu dibuat susulan pengurus pelawak terbabit yang juga bekas isterinya, Dr Jezamine Lim membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 55 mins ago