Translate

29 January 2025

Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000



Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000

Bernama

29/01/2025


Antara barangan yang disita dalam serbuan dilakukan pada Ahad lalu.- Foto PDRM


MELAKA: Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 pada Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Melaka Datuk Md Nazri Zawawi berkata tiga lelaki tempatan berumur antara 17 hingga 49 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dalam satu serbuan di sebuah kediaman di Muar, Johor pada 8 malam.

"Antara dadah yang dirampas membabitkan heroin seberat 23,372 gram (g), syabu (10,200 g) dan pil Erimin 5 (275 biji) selain polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Camry, barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM56,050.

"Keseluruhan nilai rampasan dadah serta sitaan harta dianggarkan bernilai RM612,321," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Md Nazri berkata sindiket berkenaan dipercayai bergiat aktif sejak pertengahan 2024 di sekitar kawasan Muar serta Jasin manakala dadah dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan yang boleh digunakan oleh 442,860 penagih.

Beliau berkata seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik, namun ketiga-tiga mereka negatif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Ketiga-tiga suspek katanya, direman tujuh hari bermula 27 Jan hingga 2 Feb ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah yang boleh dihukum mati, penjara seumur hidup atau sebatan, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed 'Pembelaan Najib tutup kes, mahkamah tetap 21' 17 secs ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pembelaan Najib tutup kes, mahkamah tetap 21' 1 min ago
A visitor from Washington viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 10 mins ago
A visitor from Edison viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 11 mins ago
A visitor from New york viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pengundian tamat, pengiraan und' 24 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 24 mins ago
A visitor from Muar town viewed '20,000 dijangka penuhi KLCC sempena Sidang Kemunca' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit ditutup tinggi berikutan tindak balas kera' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemen' 1 hr 35 mins ago