Translate

31 January 2025

Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak



Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak

Bernama

31/01/2025


Anwar mengumumkan peruntukan segera lebih RM24 juta untuk membaiki infrastruktur yang terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak. -Bernama


IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan segera lebih RM24 juta untuk membaiki infrastruktur yang terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera lebih RM24 juta untuk membaiki infrastruktur yang terjejas akibat beberapa bencana di Sabah dan Sarawak.

Setiap keluarga mangsa banjir, kebakaran, dan tanah runtuh di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan RM1,000 daripada NADMA.

Menurut NADMA, 17,459 mangsa banjir melibatkan 11,734 orang di Sarawak dan 5,725 orang di Sabah ditempatkan di 92 PPS setakat 12 tengah hari tadi.

Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.

"Kalau banjir di Perak kita bagi satu keluarga RM1,000. Di Sabah, Sarawak pun saya ada minta NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) segera luluskan dalam kadar segera RM1,000 ringgit bagi setiap keluarga mangsa banjir, kebakaran (dan) tanah runtuh.

"Kemudian kita siapkan beberapa puluh juta, katanya perlu RM20 juta atau RM24 juta segera untuk perbaiki kerosakan-kerosakan besar, kita luluskan. Ini pandangan yang tidak ikut negeri, tidak ikut musim, tetapi ikut tanggungjawab, jadi kita lakukan," katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat sebelum menunaikan solat Jumaat bersama jemaah Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan NADMA memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri, susulan banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantaran di Facebook itu, Anwar berkata keutamaan ketika ini ialah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan yang terkesan.

Menurut laman Facebook NADMA, 17,459 mangsa banjir melibatkan 11,734 orang di Sarawak dan 5,725 orang di Sabah ditempatkan di 92 PPS setakat 12 tengah hari tadi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 47 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 1 hr 42 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 23 mins ago