Translate

26 June 2023

Mohamad Hasan ucap takziah kepada keluarga mangsa letupan bom lempar



Mohamad Hasan ucap takziah kepada keluarga mangsa letupan bom lempar

Bernama

Jun 26, 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari tadi. - Gambar fail/BERNAMA

Mohamad Hasan ucap takziah kepada keluarga mangsa letupan bom lempar

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari tadi. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari tadi.

"Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi.

"Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuan-Nya jua," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam ini.

Dalam kejadian pada 12.10 tengah hari itu, seorang penuntut Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu jurulatih meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Segamat.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi jurulatih cedera dan masih menerima rawatan.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Justeru, TUDM menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 hrs 14 mins ago