Translate

28 June 2023

Polis Johor tumpas sindiket edar dadah guna TikTok, WeChat



Polis Johor tumpas sindiket edar dadah guna TikTok, WeChat

Bernama

Jun 28, 2023 18:14 MYT




Timbalan Ketua Polis Johor DCP M Kumar berkata kesemua lima lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang wanita warga asing yang berusia antara 19 hingga 67 tahun itu ditahan dalam operasi khas JSJN Johor. - BERNAMA

Polis Johor tumpas sindiket edar dadah guna TikTok, WeChat

Timbalan Ketua Polis Johor DCP M Kumar berkata kesemua lima lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang wanita warga asing yang berusia antara 19 hingga 67 tahun itu ditahan dalam operasi khas JSJN Johor. - BERNAMA

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan aplikasi TikTok dan WeChat selepas menahan lapan individu menerusi empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, pada Ahad dan Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor DCP M Kumar berkata kesemua lima lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang wanita warga asing yang berusia antara 19 hingga 67 tahun itu ditahan dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor.

"Kesemua individu termasuk seorang lelaki yang disyaki dalang itu ditahan hasil risikan yang dibuat sejak Mac lepas. Modus operandi mereka adalah menguar-uarkan kepada pembeli menggunakan TikTok dan WeChat sebelum mengedarkannya ke pasaran tempatan.



"Sindiket akan meninggalkan dadah di suatu tempat sebelum diambil pembeli. Kita dapati sindiket ini menjadikan kondominium berpagar dan berpengawal sebagai tempat pembungkusan dan stor penyimpanan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM926,644, antaranya 10.65 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 914.20 gram ketamin, 118 biji pil ekstasi dan 100 biji pil erimin 5 selain menyita dua buah kenderaan, wang tunai sebanyak RM11,910 dan 500 dolar Singapura.

Kumar berkata saringan awal terhadap kesemua individu yang direman tujuh hari mulai Isnin lepas itu mendapati lima orang positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin, manakala empat orang mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

Sementara itu, dalam kes berlainan, beliau berkata pihaknya menahan enam lelaki dan dua wanita tempatan bersama 16.22 kg heroin bernilai RM134,657 dalam serbuan berasingan di sekitar Batu Pahat, Isnin lepas.

Beliau berkata kesemua individu berusia lingkungan 19 hingga 53 tahun itu dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran yang aktif sejak Mac lepas dan kesemua mereka direman selama tujuh hari mulai Isnin.

"Modus operandi sindiket adalah menggunakan kenderaan dan rumah sewa sebagai stor penyimpanan sebelum diedarkan ke pasaran tempatan," katanya sambil menambah empat individu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan tetrahydrocannabinol (THC), manakala seorang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED