Translate

27 June 2023

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon PAS di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15




PRU15: Mahkamah batal kemenangan Pas di Kuala Terengganu
Astro Awani
Jun 27, 2023 18:26 MYT

Mahkamah membatalkan kemenangan Ahmad Amzad di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini, membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu, Datuk Mohd Zubir Embong.

Terdahulu, media melaporkan Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen difailkan calon BN untuk membatalkan kemenangannya pada PRU15.
 
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya membuat keputusan itu selepas pihak pempetisyen, Jasmira Othman, gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Pada 3 Januari lalu, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dilapor berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

BERITA LANJUT MENYUSUL..

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Pelabur asing jual ekuiti dalam pasaran Asia berju' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Police investigate viral video of angry woman hitt' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nottingham Forest shocks Tottenham to strengt' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 39 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Barnaul viewed '23-year-old woman was injured when she was brutall' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 6 hrs 36 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 8 hrs 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 8 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 9 hrs 1 min ago