Translate

27 June 2023

Inspector Sheila: “I am still single...I am too strict so many men may not like it”



Inspektor Sheila ditahan kerja, kuasa dan hak keistimewaan digantung - Bukit Aman
Astro Awani
Jun 26, 2023 

Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan perintah tahan kerja telah dikenakan terhadap Inspektor Percubaan S Sheila Sharon yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam, hari ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, perintah tahan kerja mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 telah disempurnakan terhadap pegawai berkenaan.

"Sehubungan itu segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek (Sheila) sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Dia didakwa atas tiga pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 35 tahun itu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Chai Guan Hock.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Perai viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 32 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PM Anwar hadir majlis rumah terbuka Ahmad Zahid di' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 15 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Ringgit rises, Dollar slips on escalating trade di' 16 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota polis tertembak diri sendiri dipercayai ad' 30 mins ago