Translate

21 June 2023

Azizul Azmi angkat sumpah jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan

Azizul Azmi angkat sumpah jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan

Bernama

Jun 21, 2023
Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia Azizul Azmi sebagai Hakim Mahkamah Rayuan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya. - Foto/kehakiman.gov.my

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizul Azmi Adnan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia itu berlangsung di Istana Kehakiman di sini.

Azizul Azmi, 53, yang merupakan anak kelahiran Selangor, dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Julai 2014 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Jan 2017.

Beliau berkhidmat di Kuala Lumpur dari 30 Jan 2017 hingga 1 Dis 2019 sebelum dipindahkan ke Seremban dari 2 Dis 2019 hingga 13 Jun 2023.

Azizul pernah berkhidmat sebagai peguam di Suruhanjaya Sekuriti dari 1993 hingga 1997 dan peguam Commerce International Merchant Bankers Berhad dari 1997 hingga 2002.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED