Translate

26 June 2023

Mohamad Hasan ucap takziah kepada keluarga mangsa letupan bom lempar



Mohamad Hasan ucap takziah kepada keluarga mangsa letupan bom lempar

Bernama

Jun 26, 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari tadi. - Gambar fail/BERNAMA

Mohamad Hasan ucap takziah kepada keluarga mangsa letupan bom lempar

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari tadi. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan tengah hari tadi.

"Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi.

"Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuan-Nya jua," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam ini.

Dalam kejadian pada 12.10 tengah hari itu, seorang penuntut Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu jurulatih meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Segamat.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi jurulatih cedera dan masih menerima rawatan.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Justeru, TUDM menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pulau pinang viewed 'Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat |' 1 min ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Pemimpin, penyokong meriahkan har' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemimpin, penyokong meriahkan har' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas skim penipuan pelaburan, rampas aset ' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 1 hr 45 mins ago