Translate

23 June 2023

Rusli Jaafar dilantik semula Pengerusi Eksekutif SKM



Rusli Jaafar dilantik semula Pengerusi Eksekutif SKM

Bernama

Jun 23, 2023


Pelantikan Rusli telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Seksyen 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665). - Fail/SKM

Rusli Jaafar dilantik semula Pengerusi Eksekutif SKM

Pelantikan Rusli telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Seksyen 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665). - Fail/SKM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan pelantikan semula Rusli Jaafar sebagai Pengerusi Eksekutif SKM berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Mei 2025.

SKM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Seksyen 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665).

Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.



Rusli yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berkhidmat di SKM selama 30 tahun bermula di Jabatan Pembangunan Koperasi.

"Sepanjang tempoh tersebut beliau memegang jawatan sebagai pengarah di beberapa bahagian ibu pejabat dan negeri sehingga di peringkat pengurusan tertinggi SKM.

"Dengan pelantikan ini, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga kerja SKM mengucapkan tahniah," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini Rusli dilantik memegang jawatan Pengerusi Eksekutif SKM pada 1 Dis 2022.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Perai viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 24 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PM Anwar hadir majlis rumah terbuka Ahmad Zahid di' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 15 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Ringgit rises, Dollar slips on escalating trade di' 16 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota polis tertembak diri sendiri dipercayai ad' 30 mins ago