PRN: Sultan Kedah perkenan bubar DUN 28 Jun
ASTRO AWANI
Pengumuman itu dibuat Muhammad Sanusi (foto) selepas sesi menghadap bagi memohon perkenan pembubaran DUN Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. -Astro AWANI
ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 28 Jun ini.
Ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 akan datang.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas sesi menghadap bagi memohon perkenan pembubaran DUN Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.
"Untuk makluman semua, Tuanku (Sultan Kedah) telah pun memberi perkenan untuk Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-14 ini dibubarkan pada tanggal 28 Jun 2023.
"Sehubungan dengan itu, saya ingin memaklumkan bahawa bermula pada tarikh berkenaan,
Sebelum ini, DUN Kelantan telah dibubarkan pada 22 Jun, manakala DUN Selangor dibubarkan sehari selepas itu bagi memberi laluan kepada PRN di enam negeri termasuk Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Untuk rekod, komposisi DUN Kedah memperlihatkan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhammad Sanusi ketika ini menguasai 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6), diikuti Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2), sementara Barisan Nasional dan Pejuang masing-masing dua kerusi.
Dua lagi kerusi kosong selepas penyandang kerusi DUN Gurun, Tan Sri Johari Abdul yang kini merupakan Speaker Dewan Rakyat membuat keputusan mengosongkan kerusi berkenaan pada Disember tahun lalu manakala ADUN Belantek dari PAS, Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia, pada 14 Jun lepas.
Sanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN
Bernama
Jun 25, 2023 11:10 MYT
Muhammad Sanusi tiba di Wisma Darulaman untuk menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini, bagi memohon perkenan baginda tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). -fotoBERNAMA
Sanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini, bagi memohon perkenan baginda tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sesi menghadap itu diadakan di pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.
Terdahulu, Muhammad Sanusi dilihat tiba di Wisma Darul Aman pada 10.22 pagi.
Sultan Sallehuddin pula tiba 10.26 pagi dan sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama bangunan itu.
Difahamkan Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah akan mengadakan sidang media sebaik sahaja selesai menghadap Sultan Kedah.
Muhammad Sanusi sebelum ini dilaporkan, akan mencadangkan kepada baginda tarikh pembubaran pada 28 Jun untuk membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Persidangan DUN Kedah yang pertama adalah pada 3 Julai 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir pada 4 Julai ini.
Kedah memiliki 36 kerusi DUN yang menyaksikan PN diterajui Muhammad Sanusi ketika ini menguasai 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6) diikuti Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2), sementara Barisan Nasional dan Pejuang masing-masing dua kerusi.
Dua lagi kerusi kosong selepas ADUN Gurun dari PKR Datuk Johari Abdul memaklumkan beliau telah mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas selepas dilaporkan menjadi antara calon bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, sementara ADUN Belantek dari PAS Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia, pada 14 Jun lalu.
-- BERNAMA