Translate

30 June 2023

Agong zahir harapan Malaysia-Arab Saudi tingkat hubungan dua hala, perpaduan ummah



Agong zahir harapan Malaysia-Arab Saudi tingkat hubungan dua hala, perpaduan ummah

Bernama

Jun 30, 2023
Pertemuan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud merupakan manifestasi hubungan akrab antara Malaysia dan Arab Saudi. - Gambar Facebook ISTANA NEGARA

Agong zahir harapan Malaysia-Arab Saudi tingkat hubungan dua hala, perpaduan ummah

Pertemuan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud merupakan manifestasi hubungan akrab antara Malaysia dan Arab Saudi. - Gambar Facebook ISTANA NEGARA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Arab Saudi mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perpaduan ummah.

Seri Paduka menzahirkan harapan tersebut pada Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Mina, semalam.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.



"Dalam majlis yang berlangsung selama satu jam tersebut, Seri Paduka Baginda telah berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Yang Amat Mulia Putera Mohammed dalam pelbagai perkara, termasuk hubungan dua hala yang telah terjalin dengan erat dan secara istimewa antara Malaysia dan Arab Saudi," menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini.

 

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Putera Mohammed atas persiapan rapi dan kejayaan kerajaan Arab Saudi menerima dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini, iaitu jumlah terbesar semenjak COVID-19.

Pertemuan berkenaan juga adalah merupakan manifestasi hubungan akrab antara kedua-dua negara.

- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'UK setuju bantu Malaysia dalam bidang teknologi, t' 19 secs ago
A visitor from Srengseng viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 41 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Donegal viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 4 hrs 58 mins ago