Translate

28 June 2023

Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda



Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda




Felda memaklumkan pihaknya optimis bahawa pelantikan Ahmad Shabery akan dapat meneruskan kesinambungan usaha-usaha transformasi Felda yang telah berjalan selama ini

Astro Awani

Jun 28, 2023

Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda

Felda memaklumkan pihaknya optimis bahawa pelantikan Ahmad Shabery akan dapat meneruskan kesinambungan usaha-usaha transformasi Felda yang telah berjalan selama ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Dalam satu kenyataan, Felda memaklumkan pihaknya optimis bahawa pelantikan Ahmad Shabery akan dapat meneruskan kesinambungan usaha-usaha transformasi Felda yang telah berjalan selama ini.

Felda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Idris Jusoh yang menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Felda pada 30 Jun.



"Sepanjang tiga tahun perkhidmatan, Tan Sri telah mengangkat Felda kembali gemilang dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh agensi ini serta warga peneroka Felda.

"Antara kejayaan yang paling besar ialah peningkatan produktiviti ladang peneroka yang meningkat lebih dua tan perhektar setahun daripada 17.29 tan perhektar pada tahun 2021 kepada 19.43 tan perhektar pada tahun 2022.

"Peningkatan hasil ini secara langsung turut meningkatkan pendapatan warga peneroka," kata kenyataan tersebut.

Idris juga, kata kenyataan itu telah membawa paradigma baharu yang menyokong komuniti peneroka menjadi komuniti yang memberi berbanding menerima.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED